Sunday 6 October 2013

DIPINTU SYURGA

Sekukuh... sekukuh mana ikrar kasih kita
Setebal mana masih ada sempadannya
Akan tiba nanti... harus ditempuhi
Ada daya kita melawan masa

Takdirnya... takdirnya dunia hanya sementara
Walau begitu cinta suci tuk selamanya
Ini realiti... hilang tak terganti
Namun ku tahu kau dan aku akhirnya kembali bersatu

*Chorus:
Andai daku pergi sebelummu
Kenangkanlah ku selalu didalam doamu
Kaulah cinta pertama dan terakhir untuku
Ku berjanji kan menantimu
Setia menunggu di pintu syurga


Di sana... di sana menati gemilang cinta
Jadi lenyapkanlah titisan airmata

Tabahkanlah hati... mengharungi hari
Abadikanlah saat indah... kita kan tetap bersama


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2008/09/lirik-di-pintu-syurga-kru.html#ixzz2gyTTMWNn

Wednesday 2 October 2013

ILUVISLAM.COM

Wahai bakal pendamping hidupku
Aku ingin mencintamu kerana Allah
Aku ingin menyayangimu kerana Allah
Dan aku ingin merinduimu juga kerana Allah
Aku ingin kau seorang pemuda yang soleh
Kerana aku mengharapkan bimbingan dan tunjuk ajarmu
Aku ingin kau seorang yang merindui syahid di jalan-Nya
Kerana aku ingin menjadi bidadarimu di syurga
Aku tidak memerlukan rupa dan hartamu
Cukuplah hanya agama dan akhlakmu yang indah
Dan aku ingin kau mencintaiku kerana kau mencintai-Nya
Aku ingin menjadi pendampingmu berjuang di jalan Allah
Aku ingin menjadi tulang rusuk kiri yang teguh buatmu
Aku ingin menjadi srikandi yang sentiasa berada di sisimu
Namun..adakah aku layak mendapat cinta insan sepertimu?
Sedangkan aku tidak punya apa-apa
Aku hanyalah gadis biasa
Yang sarat dengan khilaf dan dosa
Mahukah kau mencintaiku?

MUTIARA JERNIH

Sunyi...sepi.....

aku benci keadaan macam nii..keadaan yg akan buat aku ingat semua masalah aku..memang kita tak boleh lari dari masalah..tapi aku tak tegar lagi nak berhadapan dengan masalah..aku rasa aku dah cukup puas menangis....letih sangat...aku pun tak taw kenapa mutiara putih nii selalu sangat turun semenjak dua menjak..mana nabila yang dulu??? nabila yang selalu tersenyum tak kira 1000 masalah yang melanda...satu-satu Allah turunkan dugaan dekat aku...............

tapi aku paling tak kuat kalau dugaan yang melibatkan perasaan....sekarang aku rasa nak sangat-sangat balik..kalau balik, dapat tengok muka mak..mesti rasa tenang..dan aku dapat rasakan yang mak aku sekaran kat rumah mesti rasa benda yang sama aku rasa..still ingat masa aku hilang mamat tuuu..control pi la depan mak mcm mana pun, mak tetap dapat hidu masalah anak dia..mak cakap "naluri seorang ibu, seorang anak pun tak boleh bohong"..naluri ibu tak pernah salah....

mak, adik perlukan mak sekarang..nak peluk mak kuat-kuat..adik rindu mak..mak, adik tak sabar nak habis belajar..nak kerja, nak jaga mak ngan abah..kalau adik kerja nanti, mak ngan abah minta ja apa yang mak abah nak, nanti adik belikan....

mak, adik x nak kawen..adik nak jaga mak abah saaaaampaiiii bila-bila..x kawin pun x pa..boleh manja ngan mak tiap-tiap hari kan..sayang mak..rindu mak..doakan adik kuat..

Tuesday 1 October 2013

JANGAN IZINKAN AKU JATUH CINTA ANDAI MASANYA BELUM TIBA

Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.
Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.
Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.








Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.
Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.
Ameen..

Sumayyah Wanita Pertama Mati Syahid

Sumayyah binti Khabath adalah hamba Abu Huzaifah bin Mughirah. Tuannya mengahwinkan Sumayyah dengan Yasir bin Amir, perantau dari Yaman ke Mekah. Apabila Allah mengurniakan mereka seorang anak yang diberi nama Amar, Abu Huzaifah pun membebaskan Sumayyah daripada menjadi hambanya.
Apabila Islam mula tersebar, keluarga Yasir antara golongan pertama memeluk agama suci itu. Sumayyah tidak gentar dengan amaran musyrikin Quraisy yang menyeksa dan membunuh sesiapa yang memeluk Islam.
Apabila bangsawan Quraisy mengetahui Sumayyah sudah memeluk Islam, mereka menyerbu rumahnya. Keluarga Amar ditangkap dan dibawa ke khalayak untuk diseksa.
“Mereka sudah menyahut ajaran Muhammad walaupun ditegah oleh pihak atasan Quraisy. Kamu akan menerima balasan kerana ingkar perintah kami,” kata Abu Jahal kepada pengikutnya sambil menarik keluarga Yasir yang terikat ke kawasan padang pasir di luar kota Mekah.
“Mereka tidak serik dengan hukuman kita walaupun pengikut agama yang dibawa Muhammad telah diseksa oleh kita,” kata seorang bangsawan Quraisy yang berjalan di sebelah Abu Jahal.
“Kali ini saya tidak akan bebaskan mereka bertiga sehingga mereka mengaku berhala-berhala kita sebagai tuhan mereka,” tegas Abu Jahal yang mengacah tombaknya ke arah keluarga Yasir yang diseret secara kasar oleh pengikut Abu Jahal.
Mereka berhenti di kawasan lapang yang dipenuhi bongkah batu besar. Yasir, Amar dan Sumayyah ditanggalkan pakaian mereka lalu diikat pada bongkah batu yang panas mendidih dipanah matahari padang pasir.
Kaki dan tangan mereka diikat ketat sehingga tidak dapat bergerak seinci pun. Abu Jahal, pembesar Quraisy dan pengikut setianya ketawa melihat penderitaan ketiga beranak itu.
“Kamu akan diseksa dengan lebih teruk seandainya kamu tidak mahu meninggalkan agama yang dibawa oleh Muhammad. Kamu akan dibebaskan jika kamu sanggup mengaku berhala-berhala di kota Mekah ini sebagai tuhan kamu,” Abu Jahal mula mengambil tali sebat bagi menakutkan Yasir, Sumayyah dan Amar.
“Kami tidak akan mengaku berhala-berhala itu sebagai tuhan kami. Hanya Allah Tuhan kami,” balas Yasir dengan tenang.
“Saya beriman dengan Allah sahaja,” kata Sumayyah pula.
“Berani kamu melawan kata-kata saya,” api kemarahan Abu Jahal semakin membara mendengarkan kata-kata Sumayyah itu tadi.
“Ini balasan kepada kamu kerana enggan menerima berhala-berhala sebagai tuhan kamu,” Abu Jahal dan pengikutnya mula menyebat tubuh Yasir, Sumayyah dan Amar dengan kejam. Hinggakan darah mengalir daripada tubuh mereka yang terikat pada bongkah batu yang panas dipanah matahari tengah hari.
Berita penyeksaan keluarga Yasir sampai ke pengetahuan Nabi SAW sehingga baginda dan Abu Bakar keluar bagi menyelamatkan keluarga tersebut daripada seksaan kejam Abu Jahal dan pengikutnya. Namun, mereka dihalang oleh orang-orang Quraisy yang menyaksikan seksaan terhadap keluarga Yasir.
Hati Abu Jahal semakin sakit melihat reaksi Yasir, Sumayyah dan Amar yang masih enggan menerima berhala sebagai tuhan mereka. Dia mengarahkan pengikutnya memakaikan baju besi kepada ketiga-tiga ahli keluarga tersebut agar bahang matahari semakin menyeksa mereka.
“Kita lihat berapa lama kamu boleh menahan seksa di tengah-tengah kepanasan matahari ini,” sindir Abu Jahal sambil memandang wajah Yasir dan Sumayyah dengan bengis.
“Tiada tuhan melainkan Allah,” kata Yasir, Sumayyah dan Amar merintih dalam kesakitan memakai baju panas.



“Letakkan batu besar ke atas badan Yasir,” arah Abu Jahal lagi kerana geram mendengar kata-kata Yasir sekeluarga.
Seksaan demi seksaan ke atas Yasir menyebabkan fizikalnya menjadi lemah kerana usianya yang sudah lanjut. Akhirnya, Yasir menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan menyebut nama Allah tanpa menerima agama berhala Abu Jahal.
Walaupun hati Sumayyah hancur melihat suaminya mati akibat seksaan Abu Jahal yang kejam, dia gembira kepada suaminya mati dalam menegakkan agama Allah.
“Kamu pun mahu mati seperti suami kamu. Lebih baik kamu terima tawaran saya sebelum ajal kamu tiba!” Abu Jahal mahu menunjukkan yang seksaannya mampu mengubah pendirian pengikut Nabi Muhammad kepada ajaran berhala.
“Jangan kamu berharap saya akan menurut kata-kata kamu itu. Tiada tuhan melainkan Allah,”. Hati Sumayyah keras seperti batu teguh pada keimanannya pada Allah.
“Kamu sudah semakin degil dan melawan kata-kata saya!” Abu Jahal mengambil tombak dari tangan kanannya lalu dicucuk ke dalam alat sulit Sumayyah.
“Allahu Akbar”. Begitulah kata terakhir Sumayyah sebelum menghembuskan nafasnya akibat tikaman tombak Abu Jahal itu.
Kematian Sumayyah dengan nama Allah di mulutnya demi mempertahankan keimanan pada Allah adalah peristiwa penting dalam sejarah pengembangan agama Islam. Sumayyah adalah wanita pertama mati syahid dalam sejarah Islam.

Buat Pendamping Kami

Aku pernah jadi perempuan.
Aku pernah jadi gadis.
Aku pernah jadi wanita.

Kini, biar aku jadi muslimah.


“Tuhan, izinkan aku jatuh cinta lagi pada orang yang tepat, di waktu yang tepat. Karena hatiku cuma satu,hanya kepada dia yang halal buatku.”
Cinta itu mahal, kerana hati cuma satu.
Hanya layak untuk mereka yang halal. Mereka yang tepat. Mereka yang Allah kirimkan untuk kita. Mereka yang ikhlas, mereka yang berusaha, mereka yang menjaga Allah, mereka yang patuh pada suruhan Allah, mereka yang belajar menjadi hamba Allah yang beriman dan bertaqwa.
Kerana yang wanita perlu adalah pemimpin. Yang akan memimpin hidupnya. Yang akan memimpin keluarganya, generasinya. Bukan sahaja didunia bahkan di akhirat kelak, tempat yang kekal abadi untuk selamanya. Mereka perlu pemimpin yang boleh memimpin mereka ke jalan Allah, memimpin mereka menjadi wanita dan isteri yang solehah, serta boleh memimpin mereka ke Syurga Allah. Itu yang wanita inginkan, berada bersama orang tersayang di Syurga Illahi.
Itu yang lebis manis, lebih indah dari janji dan kata-kata ‘manis’ seseorang lelaki. Ahh itu terlalu basi, sudah lali, jangan diulang kata manismu duhai lelaki tanpa membuktikan dikau benar-benar layak untuk seorang wanita.
Bukan sombong, bukan mendongak, tetapi inilah wanita inginkan. Mereka mahu bahagia, tidak hanya di dunia kerana itu bukan yang abadi tetapi di akhirat. Mereka ingin selamat, tidak hanya di dunia, tetapi di akhirat kelak, di hadapan Allah kelak, saat dimana hanya amal yang menjadi titik penentu.
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir” 
(Surah Ar-Rum ayat 21)
Wanita itu lemah, lemah jiwanya, lemah sifatnya. Kerana itu, mereka perlu dia yang benar-benar layak. Supaya mereka aman. Supaya berasa terlindung, dengan godaan syaitan dan bisikan hawa nafsu yang terus menerus memburu manusia supaya jatuh dalam lembah hina.
Demikianlah juga wanita itu seperti digambarkan oleh Rasulullah SAW ibarat tulang rusuk . Lembutnya perlukan pengawasan dan sifat berhati-hati dalam meluruskannya. Jika terlebih keras, dia akan patah. Jika dibiarkan, maka dia tetap akan bengkok. 
“Dari Abu Hurairah R.A berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Berpesan baiklah terhadap para wanita, kerana wanita itu diciptakan dari tulang rusuk, dan tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, Jika engkau paksa meluruskannya dengan kekerasan akan patah dan jika engkau membiarkannya pasti akan tetap bengkok, oleh kerananya berpesan baiklah terhadap para wanita” 
(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)
Buat dia yang bakal menjadi pendamping wanita, jadilah mereka yang wanita inginkan. Wanita bukan memilih tetapi mereka ingin yang terbaik, bukan untuk diri mereka sahaja, bahkan untuk pasangan mereka juga. Mereka ingin Allah redha dengan pilihan mereka, mereka ingin Allah restu dengan hubungan ini.
Andai dia yang menjadi pasangan mereka mempunyai kriteria yang Allah redha, apakah kamu fikir wanita juga tidak akan berusaha menjadi wanita yang solehah dan sesuai untuk pasangannya? Pasti! Kerana mereka tahu Allah sayang dengan mereka, mereka pasti berusaha menjadi isteri yang selayaknya. Insya-Allah.



Duhai dia yang diciptakan untuk kaum Hawa, berubahlah…kerana cinta kami mahal, hanya untuk mereka yang halal dan yang selayaknya. Jika benar hatimu untuk kami, usah bermain kata. Bersifatlah sematangnya… temuilah wali kami sebagai buktinya!