Saturday, 17 August 2013

senyum selalu ^_^

suami: syg ader dekat mane tu?
isteri: tv9 (dekat di hati)
S: syg bahagia tak bersama sy?
I: NTV 7 (i feel good)
S: boleh tak kita jalan sama- sama syg?
I: Nike (just do it)
S; knapa syg mengahwini saya?
... I: McD (Im lovin it)
S: syg tau tak cinta sy kat awak sgt hebat?
I: acer (empowering people)
S: sejauh mana sy bermakna dalam hidup awak syg?
I: tv3 (inspirasi hidupku)
S: kenapa awak cintakan sy?
I: Loreal (kerana dirimu begitu berharga)

Tuesday, 13 August 2013

ESOK ADA KUIZ PENTING

Assalamualaikum.....

esok start2 ja kelas terus ada kuiz..tapi yg hebatnya apa pon x study sepanjang balik cuti raya..buku x pegang langsung..yang dok pegang, KUIH RAYA AND DUIT RAYA..memang x laa kn nk pegang buku time seronok2 sambut raya..dah tu, kuiz esok dari chapter 1 sampai la chapter 5..mmg malam nii nak kna sumbat smua..sumpah malas..bukan sbb esok ada kuiz..tapi sbb skrg ni tba2 x da semangat langsung nak blajanq..tolonglaaaaaaa..aku pon x tw la knp..

kalau dpt kerja, sumpah rasa nk bhnti blajaq..baru skrg aku rasa menyesal yg teramat sgt bila tolak tawaran spa..belajaq tinggi2 pon belum tentu dapat kerja..tu kata kak sepupu aku..laaa baru aku rasa apa yg orang cakap semua betul..ni yg masalah la niii, aku baca apa pon x masuk waima sebesar habuk..tuuu cemmanaaaa..sakit pala x tw nk habaq oiiiiiiiii..serabut otak2 rsa berselirat habis urat2..soklan bocoq x dak langsung..tu yg rasa lg beban nak mampos..tolong laaaa..letih+mengantuk..tu jaaa..mata dr td dok nmpk bantal..............................TENSION!!!!!!!!!

Friday, 26 July 2013

DOAKU UNTUK PALESTIN..SELAMATKAN MEREKA YA ALLAH

DOA UNTUK PALESTIN.

Hujan peluru yang tidak bermata,
Maha dahsyat maha ngeri,
Menerjah insan tidak berdosa,
Umpama hukuman tanpa bicara,

Tangisan kanak-kanak melihat keluarganya,
Jeritan ibu kehilangan anak,
Raut wajah ayah mengandungi duka,
Tidak melunturkan jihad dalam diri mereka,
Malah menyemarak umpama api menyala,

Doa ku mengiringimu rakyat Palestin,
Mengiringi jihadmu menegakkan maruah negara dan agama!
Tentang musuh Israel laknatullah!

Doa ku buat Palestin,
Kebenaran akan tersingkap,
Kebatilan menjadi debu halus,
Kebenaran akan tertegak membawa debu yang berterbangan,

Para mujahid dan mujahidah,
Matimu mati syahid yang dijanjikan syurga,
Menanti untuk di diami nanti,
Itu janji-Nya Pencipta kita,

Monday, 22 July 2013

ASSALAMUALAIKUM BAKAL IMAMKU

Untukmu Bakal 'Imam'ku
yang tiada siapa mengenali termasuklah diri ini,
dirimu masih rahsia Penciptamu..
rahsia yang telah ditentukan untukku,
yang perlu ku singkap dengan segunung tauba
t dan sepenuh kesungguhan sujudku,
cuma jambatan istikharah jua yang bisa merungkai rahsiaku ini....

Ketahuilah wahai mujahidku,
Ketahuilah bahawa namamu tidak menjadi idamanku,
apa lagi untuk menatap wajahmu,
Menggeletar diri ini apabila terfikirkan 
azab Allah,
justeru diri ini amat bersyukur
kerana masih tidak ditakdirkan sebarang pertemuan sedar antara kita,
ku bimbang andai terjadi pertemuan itu sebelum lafaz akad darimu,
sungguh kita menempah siksaan Allah.
Ya Tuhan .. lindungi kami...

Biar bertahun lama yang ku tunggu bukan dirimu
tetapi yang ku tunggu adalah lafaz akad
yang akan membimbing diri ini ke Jannah Allah.
Apalah ertinya perasaan kasih yang bersemi untukmu suamiku a
ndai maharnya bukan 
kemampuanmu untuk mendidikku 
menjadi mujahidah yang mencintai DIA lebih dari segala...

Tiada yang lebih bahagia suamiku,
melainkan didikanmu yang akan membuatkan diri ini
mencintai perjuangan menegakkan Deen ini,
berikan ku sepenuh kekuatanmu dalam mendidik iman ku
agar syahidmu ku damba,
berikanku segala kasihmu jua agar sujudku
kan tegar padaNya dalam memohon
dikurniakan pada kita mujahid-mujahidah
yang akan menyambung perjuangan Islam para Nabi terdahulu.

Berikanku 
sepenuhnya sebahagian hati
yang kau sediakan untuk diriku
agar sebahagian hati mu itu
akan menjadi inspirasi padaku
untuk menghantar
satu per satu mujahid kita ke medan jihad,
Mungkin kau hairan suamiku,
mengapa diri ini hanya mahukan
sebahagian hatimu dan bukan sepenuhnya.

Suamiku, 
hatimu itu milik robbul jaleel,
dan ku pohon sebahagian itu
sebagai semangatku wahai suamiku.
Dari awal lagi sudah ku didik hati ini,
bahawa dirimu suami ku bukan milikku
dan juga mujahid-mujahidku itu bukan milikku..
kalian milik Allah,
dan diriku hanya medan yang diciptakanNya
untuk menyambung generasi jihad dari rahim ini.

Wahai suamiku, diri ini sekarang,
hanyalah dalam mujahadah mentarbiyyah jiwa
agar diriku bisa menjadi sayapmu mengenggam syahid.
Tersangatlah bimbang diri ini andai ku gagal mendidik hati,
kerana yang kuimpi seorang pejuang
untuk menyambung jihad yang terbentang
dengan melahirkan para mujahid...

Wahai suamiku,
walau dimana jua dirimu dan siapa jua dirimu
yang pasti bersama kita mendidik hati
mencintai SYAHID demi redhanya,
sebagai hamba yang menikmati kurniaan
yang tidak terkira dari rafiul a'la,
bersamalah kita bersyukur,
bersyukur dengan mencintai DIA
lebih dari segala isi dunia dan dunia ini...
kerana hilang erti pada sebuah kehidupan
andai cinta dari Allah tidak kita balas,
andai cinta sementara bisa melukakan hati
sepatutnya hati-hati kita robek sudah
kerana gagal membalas segunung cinta dari DIA Maha Esa...

Semoga semuanya terjawab
dalam sujud yang kita labuhkan demi redhaNya...
biarlah seribu malam berlalu tapi pastikan ianya berlalu
dengan alunan sendu dalam sujud kita
diatas lembaran tahajjud dan istikharah...
InsyaAllah inilah pencarian kita...

BUAT BAKAL IMAMKU

Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang
Aku berharap
Jika nanti Allah mempertemukan kita
Kau akan selalu membimbingku
Agar aku menjadi wanita yang solehah
Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga
Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat
.
Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku
Jadilah ayah yang boleh mendidik anak kita
Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat
Iaitu anak yang soleh dan solehah
Yang dapat menjunjung tinggi Agama Allah
.
Andai engkau ditakdirkan untukku
Ku harap kau boleh menjadi imam buatku dan anakku
Kau boleh menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita
Kau boleh mencintai aku apa adanya
Dan boleh mengurus kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan
.
Dan andai aku salah
Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan
Andai aku marah
Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu
Agar marahku boleh berubah menjadi kelembutan
Andai aku lupa
Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang
Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita
.
Kerana..

“Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku
Yang  selalu dapat membawa aku ke jalan yang diredhaiNya
Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu
Buat bakal imam Ku..”