Monday 22 July 2013

ASSALAMUALAIKUM BAKAL IMAMKU

Untukmu Bakal 'Imam'ku
yang tiada siapa mengenali termasuklah diri ini,
dirimu masih rahsia Penciptamu..
rahsia yang telah ditentukan untukku,
yang perlu ku singkap dengan segunung tauba
t dan sepenuh kesungguhan sujudku,
cuma jambatan istikharah jua yang bisa merungkai rahsiaku ini....

Ketahuilah wahai mujahidku,
Ketahuilah bahawa namamu tidak menjadi idamanku,
apa lagi untuk menatap wajahmu,
Menggeletar diri ini apabila terfikirkan 
azab Allah,
justeru diri ini amat bersyukur
kerana masih tidak ditakdirkan sebarang pertemuan sedar antara kita,
ku bimbang andai terjadi pertemuan itu sebelum lafaz akad darimu,
sungguh kita menempah siksaan Allah.
Ya Tuhan .. lindungi kami...

Biar bertahun lama yang ku tunggu bukan dirimu
tetapi yang ku tunggu adalah lafaz akad
yang akan membimbing diri ini ke Jannah Allah.
Apalah ertinya perasaan kasih yang bersemi untukmu suamiku a
ndai maharnya bukan 
kemampuanmu untuk mendidikku 
menjadi mujahidah yang mencintai DIA lebih dari segala...

Tiada yang lebih bahagia suamiku,
melainkan didikanmu yang akan membuatkan diri ini
mencintai perjuangan menegakkan Deen ini,
berikan ku sepenuh kekuatanmu dalam mendidik iman ku
agar syahidmu ku damba,
berikanku segala kasihmu jua agar sujudku
kan tegar padaNya dalam memohon
dikurniakan pada kita mujahid-mujahidah
yang akan menyambung perjuangan Islam para Nabi terdahulu.

Berikanku 
sepenuhnya sebahagian hati
yang kau sediakan untuk diriku
agar sebahagian hati mu itu
akan menjadi inspirasi padaku
untuk menghantar
satu per satu mujahid kita ke medan jihad,
Mungkin kau hairan suamiku,
mengapa diri ini hanya mahukan
sebahagian hatimu dan bukan sepenuhnya.

Suamiku, 
hatimu itu milik robbul jaleel,
dan ku pohon sebahagian itu
sebagai semangatku wahai suamiku.
Dari awal lagi sudah ku didik hati ini,
bahawa dirimu suami ku bukan milikku
dan juga mujahid-mujahidku itu bukan milikku..
kalian milik Allah,
dan diriku hanya medan yang diciptakanNya
untuk menyambung generasi jihad dari rahim ini.

Wahai suamiku, diri ini sekarang,
hanyalah dalam mujahadah mentarbiyyah jiwa
agar diriku bisa menjadi sayapmu mengenggam syahid.
Tersangatlah bimbang diri ini andai ku gagal mendidik hati,
kerana yang kuimpi seorang pejuang
untuk menyambung jihad yang terbentang
dengan melahirkan para mujahid...

Wahai suamiku,
walau dimana jua dirimu dan siapa jua dirimu
yang pasti bersama kita mendidik hati
mencintai SYAHID demi redhanya,
sebagai hamba yang menikmati kurniaan
yang tidak terkira dari rafiul a'la,
bersamalah kita bersyukur,
bersyukur dengan mencintai DIA
lebih dari segala isi dunia dan dunia ini...
kerana hilang erti pada sebuah kehidupan
andai cinta dari Allah tidak kita balas,
andai cinta sementara bisa melukakan hati
sepatutnya hati-hati kita robek sudah
kerana gagal membalas segunung cinta dari DIA Maha Esa...

Semoga semuanya terjawab
dalam sujud yang kita labuhkan demi redhaNya...
biarlah seribu malam berlalu tapi pastikan ianya berlalu
dengan alunan sendu dalam sujud kita
diatas lembaran tahajjud dan istikharah...
InsyaAllah inilah pencarian kita...

No comments:

Post a Comment