Thursday 28 January 2016

BRIGED AL-QASSAM TENTERA MALAIKAT





ASSALAMUALAIKUM


Gelaran TENTERA MALAIKAT ni diberikan kepada Brigade Al-Qassam..mereka merupakan komando Palestin yg berjuang demi Islam..Seriously teringin sangat2 face to face dgn diorang nii...Mereka juga sgt digeruni oleh pihak lawan atas kehebatan dan keberanian mereka..Even diorang punya senjata pun diorang buat sendiri..Hebat kn...Masya Allah...









FAKTA HEBAT BRIGADE AL-QASSAM

  • Merupakan barisan pejuang bergelar Komando Qassam atau Briged Ezzedeen Al-Qassam yang amat digeruni oleh tentera rejim Zionis.
  • Nama Al-Qassam diambil sempena nama pejuang Sheikh Izzuddin al-Qassam yang berasal dari Syria yang telah terkorban syahid di Ya'bad, Palestin bagi mempertahankan bumi ini daripada penjajahan Inggeris pada tahun 1935.
  • Objektif utama penubuhan al-Qassam adalah untuk menaikkan semangat jihad di kalangan orang-orang Palestin, orang-orang Arab dan juga umat Islam sejagat. Briged ini bertanggungjawab mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan dan kezaliman Zionis dan membebaskan Palestin dan keseluruhan tanahnya yang telah dirampas oleh Zionis Laknatullah.
  • Pada peringkat awalnya, mereka enggan memberikan maklumat lanjut mengenai kekuatan sebenar briged ini, tetapi akhirnya menjelaskan bahawa mereka mempunyai ahli batalion terlatih seramai kira-kira 25,000 orang di kalangan pemuda-pemuda terpelajar  antara 18-30 tahun dan ulama.
  •  Sejak intifada al-Aqsa yang berlaku pada tahun 2000, seramai kira-kirra 800 ahli briged ini telah syahid bagi mempertahankan Palestin. Briged al-Qassam amat mementingkan latihan dan kualiti ahli Briged yang menjadi tulang belakang perjuangan pembebasan Palestin.
  • Sepanjang 8 hari tempoh serangan, al-Qassam berjaya menmbak sebuah helikopter Apache milik Israel pada 18 November lalu di wilayah Beit Hanun, Gaza Utara.







SYARAT UTAMA UNTUK MENJADI TENTERA AL-QASSAM

  1. Wajib solat berjemaah
  2. Mempunyai skuad wanita
  3. Wajib pelajari tafsir al-Quran
  4. Wajib baca al-Quran sehari sejuzuk
  5. Wajib menghafal 40 hadis Arbain
  6. Amalkan puasa sunat dan bertahajud
  7. Mencintai dan bersedia untuk syahid
  8. Berdisplin dan mentaati kempimpinan

Briged al-Qassam ini sangat terkenal dengan roket artileri al-Qassam yang merupakan roket buatan sendiri. Roket ini sering membawa kemusnahan musuh di tanah suci Palestin yang dijajah serta memberikan kesan trauma mental kepada masyarakat Israel. 



**END OF PART I***

*****Nanti kita sambung part II*****

No comments:

Post a Comment